Assalamualaikum dan Selamat Datang

Laman ini diwujudkan atas dasar persaudaraan Islam dan ikatan ukhwah Alumni SMU(A) Al-Ittihadiah Tanjung Pagar. Diharapkan dengan kewujudan laman ini akan memberi sumbangan kepada alumni, sekolah dan pelajar ITP.

p/s- Kpd sesiapa yg ingin postkan karya mereka atau bg pendapat, bolehlah emelkan kpd EXITP@yahoo.com.

۞Mutiara Kata۞

Rabu, 24 Disember 2008

Pesanan buat puteri-puteri ITP



PUTERIKU SAYANG (Hijjaz)

Aduhai Puteriku Sayang (2x)
Puteriku Sayang

Lembut Mu Tak Bererti
Kau Mudah Dijual Beli
Kau Mampu Menyaingi
Lelaki Dalam Berbakti

Lembut Bukan Hiasan
Bukan Jua Kebanggaan
Tapi Kau Sayap Kiri
Pada Suami Yang Sejati

Di Sebalik Bersih Wajah Mu
Di Sebalik Tabir Diri Mu
Ada Rahsia Agung
Tersembunyi Dalam Diri

Itulah Sekeping Hati
Yang Takut Pada Ilahi
Berpegang Pada Janji
Mengabdikan Diri

Aduhai Puteriku Sayang (2x)
Puteriku Sayang (2x)

c/o
Malu Mu Mahkota yang Tidak Perlukan Singgahsana
Tetapi Ia Berkuasa Menjaga Diri Dan Nama
Tiada Siapa Yang Akan Boleh Merampasnya
Melainkan Kau Sendiri Yang Pergi Menyerah Diri

Ketegasan Mu Umpama Benteng Negara Dan Agama
Dari Dirobohkan Dan Jua Dari Dibinasakannya
Wahai Puteriku Sayang Kau Bunga Terpelihara
Mahligai Syurga Itulah Tempatnya

Isnin, 15 Disember 2008

Salam Eidul Adha



Smg Hari Raya Korban Tahun ini menyedarkan kita erti pengorbanan yg sebenar sebagai hamba Allah.Jom bersama kita meledakkan ketaqwaan kita kpd Allah dan utknya menuntut kepada pengorbanan harta,dan harta.

MUHASABAH PERJUANGAN

Ingin kukatakan kepada para pejuang
Juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada pendakwah-pendakwah merata dunia
Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku
Di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya
Selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?
Di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang lalu bersembahyang?
Yang sudah bersembahyang berapa ramai pula yang sembahyangnya memberi kesan?
Memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya, di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya?
Kalau ada yang insaf kemudian menyerah diri kepada kalian
Sudahkah saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?
Jika saudara tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan
Ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?
Apa yang saudara cakapkan selama ini?
Dakwah yang saudara lakukan kemana saudara ajak orang ramai?
Kepada Tuhan? Kepada diri? Kepada partai?
Atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
Untuk seronok-seronok dan penghibur hati?
Aku harap nilai semula perjuangan saudara!
Perbetulkan hati tujuan apa saudara berjuang
Sebelum terlanjur berpanjangan
Selama nyawa masih ada di badan
Agar selepas mati tidak menyesal
Takutilah Allah di setiap perkataan!
Ingatlah Allah dalam perjuangan
Agar dakwah dan perjuangan kita itu untuk keredhaan Tuhan
Bukan hobi, dan bukan tujuan menghentam orang

AKULAH ANSARULLAH

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 216)



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)



RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)



APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)



AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12)