Assalamualaikum dan Selamat Datang

Laman ini diwujudkan atas dasar persaudaraan Islam dan ikatan ukhwah Alumni SMU(A) Al-Ittihadiah Tanjung Pagar. Diharapkan dengan kewujudan laman ini akan memberi sumbangan kepada alumni, sekolah dan pelajar ITP.

p/s- Kpd sesiapa yg ingin postkan karya mereka atau bg pendapat, bolehlah emelkan kpd EXITP@yahoo.com.

۞Mutiara Kata۞

Ahad, 11 Oktober 2009

-Gambar-gambar AIDIL09-













Ini gambar2 AIDIL09 daripada salah seorang kawan kita. Sila Postkan gambar2 ke EXITP@yahoo.com secepat mungkin.

Khamis, 8 Oktober 2009

~Majlis Hari Raya Perdana~



Majlis hari raya ini telah diadakan pada 23 september 2009 bersamaan 4 syawal 1430H dgn kerjasama Persatuan Guru-Guru ITP(PERGIT). Majlis hari raya perdana telah dicadang sekian lama, akhirnya kali ini Alhamdulillah, kita berjaya mengadakannya dgn jayanya.

Majlis ini bermula pada pukul 9.30 pagi dgn menyambut tetamu yg hadir.terutama US.Nasir yg dtg dgn Myvi nya.Diikuti Mudir, US.Basri sekeluarga bersama dgn Gulai ayam dan Roti. Oleh sbb ramai yg lambat dtg, kami teruskan makan sambil tunggu tetamu.

Pada pagi yg ceria itu juga, hanya beberapa org AJK saja yg dtg awl buat kerja.Kesian kat Aiman sampai termuntah2..(tapi aiman cakap, "aiman xkisah".)Kami mengharapkan adik2 kita dari form 5 utk membantu terutama di bahagian dapur. Rupa2nya mereka dtg pukul 10 pagi beramai2, makan dan pulang awal(macam tetamu lak)..hehe.Tapi xpe, kami semua juga xkisah sama macam aiman tadi.

Majlis dipengerusikan oleh anuar dan dimulakan dgn bacaan Doa(ya kot..lupa daa).Diikuti ucapan Hawari pengarah program, Ust.Nasir wakil bekas guru sbnrnya dan oleh Mudir. serta tiba2 Poksu dtg, terus dijemput bg ucapan.

Dlam ucapan masing2 memuji dan mengharapkan yg lebih terancang dan meriah lagi majlis ini ditahun2 hadapan.Ini kerana, majlis hari raya inilah pertama kali dibuat di ITP.Manakala Poksu lak menceritakan bagaimana tertubuhnya SMU(A)ITP ini.Dari angan2 menjadi kenyatan. Poksu antara Pengasas sekolah ini. Videonya direcord.tapi suara xjelas..nanti di uploadkan.

Majlis ini juga dihadiri oleh Moksu, Us.Zakaria sekeluarga, Us.Muzafar,Us. ape lagi ek..Lupa daa..dan xlupa pada Cikgu2 lama yg masih mengajar disitu turut hadir.begitu juga yg baru.

Bab makanan lak. Buat pengetahuan yg xhadir hari tu, rugi sgt. Kami bajet lebih 150 yg akan dtg.Tapi hanya dlm 100 org dtg..ramai gak tu.. kami dpt sponsor satay ayam 100 pucuk, dan 200 pucuk lg kami beli. Bihun dan kuew teow special dari Hasnidar kot. gula2 dan keropok segera dari Aiman.kek dan biskut raya dari semua yg bawa.Gulai ayam special utk dimakan dgn roti oleh Us.Basri.ape lg ek.Beledo(agar2)dari Salihah..dan ape lg ek. Air lak, air oren special(xde air panas nk kacau gula, bubuh jer.:)-Huda punya keja).

Terima kasih kpd yg xdtg sbb kami dpt makan satay sampai saat menyimpan utk balik.:)

Cikgu2 yg dtg juga menerima cenderahati aidilfitri dari kami sbg kenangan.

Sbelum mengakhiri..Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yg telah terlibat menjayakan majlis aidilfitri ini atau AIDIL 09.
"Terima kasih daun keladi, jgn serik tolong lagi".

Nama2 yg menjayakan AIDIL 09:
-Hawari
-Huda
-Hanis
-Aiman
-Hasnidar
-Zaila
-Siti Zaleha(hidang makanan je pun)
-Anuar(Dua2 anuar)
-Salihah(cari sendiri salihah mana)
-Nama ape ek yg tempah satay dan cakap byk tu.Sori lupa.
-Derome(nama sbenar xtau)
-2org lagi yg bhgn hias tu..xkenal nama. sori gak.
-Bro yg buat bunga mangar tu.
-Dan kepada semua yg telah menjayakan AIDIL 09 secara langsung atau tidak. maaf lupa nama anda. letak sendiri kat komen ok.

itu sahaja dari saya-D, melaporkan utk TV EXITP.
"Yg baik itu dari Allah, Yg buruk itu dari kelemahan penulis"
Salam Aidilfitri.Maaf zahir dan batin.

Wassalam..

~Coretan Utk semua~

Satu nasihat utk dikongsi bersama. Beberapa hari lepas ana menghadiri satu ceramah kaunseling.Dalam ceramah tu, ana tertarik dgn nasihat seorg penceramah tu. Beliau bg tip utk semangat belajar.

Dalam ape kita buat pun mesti ada Daya PUSH dan Daya Pool. begitulah dlm belajar.Kalau kita PUSH shj, kita akan cepat penat dan cepat give up. Tapi kalau kita ada Pool lak,xbertahan lama juga kalau daya Pool tu susah utk diacapai.jadi. kita kena ada dua2.

Contohnya dalam solat.2 org solat. Ali dan Abu.Bila ditanya kedua2nya kenapa kamu solat. Si Ali jawab, sbb kalau xsolat berdosa masuk neraka. si abu lak jawab. Sbb apabila sy solat, sy rasa tenang, aman dan bahagia.. jadi, antara Ali dan Abu, yg mana lebih bagus? siapa akan ada kecenderungan tinggalkan solat? anda tahu jawapan dia kan.

Begitulah dalam belajar kita. kalau kita belajar sbb takut itu dan ini..xkan kemana. tapi kalau kita belajar kerana minat dan ada target dgn jelas..pasti lebih baik.

jadi paling terbaik ada dua2..Kita belajar sebab minat kita dan nampak target kita. kita juga belajar sbb ada tolakan dari famili, kawan2 dan cikgu2 yg mengharapkan kejayaan kita. semoga anda semangat utk belajar.

Pesanan utk adik2 yg baru sahaja menjejak ke IPT tu pulak. Carilah target anda dari skrg. kenapa? Mungkin skrg adik2 masih boleh bawa diri sbb semangat utk belajar, tapi apabila adik2 lost..xdpt jumpa pangkalnya. jadi set target adik2, aku belajar kos ni sbb nak jadi .....utk jadi ..... aku kena buat ape2....

Ini kerana..kita selalu diajar di sekolah dari kecil lagi..belajr utk ke menara gading..BELAJAR SBB NAK MASUK UNIVERSITI.. masa SPM tu, kalau aku dpt rendah xdpt masuk U.so, kena target dapt A semua.Dan semua dpt ape yg ditarget kan. tapi apabila dah dpt masuk U. Dah xtau kena buat ape.. sbb kita xpernah diajar ape perlu dibuat apabila dah di menara gading. Dan juga kita dah xde org yg selalu bg nasihat kat kita macam di sekolah2 dahulu.

GOod Luck utk semua...

pasal jamuan hari raya tu, nanti adalah gambar tu.sabar2lah yer..jgn lupa sapa2 yg ada gmbar tu, send ke EXITP@yahoo.com.

Rabu, 9 September 2009


MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI(AIDIL'09)

SEMUA BEKAS GURU DAN GURU ITP SEKARANG SERTA BEKAS PELAJAR DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS TERSEBUT PADA:

TARIKH : 4 SYAWAL 1431 BERSAMAAN 23 SEPTEMBER 2009(RABU)
MASA :9.00 PAGI
TEMPAT :PERKARANGAN ITP

ANJURAN PERSATUAN ALUMNI PELAJAR ITP (EXITP) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN GURU ITP(PERGIT)

KEHADIRAN ANDA SEMUA AMATLAH DIHARAPKAN




Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir…


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir…
Tentu siangnya aku akan sibuk berzikir, tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir…
Tentu solatmu aku kerjakan di awal waktu, solat yang dikerjakan, sungguh khusyuk lagi tawadhuk. Tubuh dan qalbu akanbersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil dan menangisi kecurangan janji.
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin” [Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir…
Tidak akan aku sia siakan walau sesaat yang berlalu, setiap masa tak akan aku dibiarkan begitu saja. Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal aku dendang, bakal aku syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malamku sibukkan dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud,
mengadu, merintih dan meminta belas kasih.

“Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU, tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU“.

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir, tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang. Mari kita meriahkan Ramadhan. Kita buru, kita cari, suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan.

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir. Mempersiap diri, rohani dan jasmani aku. Menanti-nanti jemputan Izrail, di kiri dan kanan lorong-lorong redha Ar-Rahman.

Duhai Ilahi….
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti,paling berseri, menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi. Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.

Namun sahabat…
Tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui adakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya, yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha, bersedia, meminta belas-NYA.

Semoga Ramadhan ini akan memberikan aku seribu erti dalam kehidupan, manusia yang senantiasa mencari pedoman dan cahaya hidup. Bimbinglah dan pimpinlah aku wahai sahabat. Biarpun aku masih merangkak dan cuba untuk bertatih, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu semua.

Selasa, 21 Julai 2009

.:2008:.

Gmbr2 ini diambil dari gambar friendster Muezz.....


........................cikgu2 ITP 08................................................


.............................SPM08.....................................................


..........................SPM08 kat cameron(kalu xsilap).............................

.:pic jamuan raya:.


ni pic ramai2 masa jamuan raya exitp tahun lepas..sygnya xramai yg dtg terutama batch lain.. ramai lg yg hadir tp balik awl..
sape ade pic program kat itp, send lah kat exitp@yahoo.com..nati akn dipostkan di sini..
raya tahun ni harap ada jamuan n ramai yg dtg...tapi sume xdpt cuti lama sbb tgh2 sem...

.:pic dak2 itp:.

.:Pic ITP bln 6/09:.

Jumaat, 13 Mac 2009

pic kawat kaki

ini lak pic kawat kaki Briged Bakti yg ana ade...



ini pic kat perkhemahan perdana briged bakti... sape yg kenal sape leh lah senaraikan nama kt komentar k..



ini briged bakti muslimah lak..ini juga kt perkhemahan perdana.. ish2 teruknya kaw mreka...tgk lah sendiri...:)



yg ni lak kt perkhemahan perdana gak..tgk betul2 ade kenal sape2 ke...nampak gigi je...emmm...gigi sape yg plg putih tu???(hehe..jgn mara)



ini lak pertandingan kawat kaki peringkat zon... menang kot..sume tgh baca doa.. Cikgu ape ek blkg tu...



fuyyo..tabik2....sape xtabik tu..hehe.. tabik betul2, pak polisi tgh menilai tu..



anda percaya ke x???? tgk kaki2 mreka2 tu...tgh terbang..magic betul...

ini je pic briged bakti itp yg ana ade..sesape kenal mreka kt dlm pic tu, senarailah nama mrk kt komentar k.. biar sumenya dlm ingtn EXITP...maju EXITP demi ITP..:)

pic kenangan

lama tunggu member2 send something can be posted...tapi xde sorg pun...:(.. xpelah...nak pic ek..ini ade pic yg ade dgn ana....yg lama daa..



ini pic masa buat syura..ntah lah tahun bila..
dr kiri dpn cikgu rohani, cikgu rosnah, cikgu zaila, hafiz. blkg tu nazir n 3lg xkenal..



ini pulak gambar mudir(ustz Basri)men takraw
dgn ustz nasir pd hari sukan sekolah..best gak kalu teringat mase ni....
cuba tgk btul2, sape lg ade tu..mcm kenal.:).



ini gambar BBQ kt lata tembakah..Pengawas sekolah je yg dpt pegi.tapi ade sorg budak tu dr sekolah len tumpang sekali...4laki tu xperlu gtau sape mreka juz 2 lg tu ustz nasir n cikgu mad..